perjalanan satu
alhamdulillah..tinta telah bermula..seperti yang dijanjikan menyingkap al_humaira..tangan terus menaip walaupun tidak seperti yang dirancang..bukan yang diinginkan..kerana pergerakan ini berlaku kerana izinNya..ilham daripadanya..dan terus..terus..menaip..akhirnya..sejenak berfikir..
perjalanan satu ingin dimulakan dengan keluarga..ya..keluarga..lambang kekuatan..jika runtuh..maka tergugat kekuatan..segalanya akan berubah..keluarga adalah pemangkin segalanya..sejarah tidak menarik seperti keluarga yang lain..namun ada keunikkan tersendiri..bukan memuji..apatah lagi untuk bermegah..kerana kesedaran masa lalu masih segar dalam ingatan..kehidupan yang tak sempurna dengan harta...tapi kaya dengan kasih sayang
perjalanan langkah pertama mengorak dan melalui zaman kanak-kanak..bukan tidak bersyukur namun zaman kegelapan adalah pada zaman kanak-kanak..banyak cerita yang perit..bermula dengan kehidupan yang susah..mengenal dunia dengan ketakutan..kerana apa..??..mudah untuk di jawab..kerana zaman itu tidak seperti insan-insan yang lain..namun kesyukuran sentiasa mekar kerana ALLAH mengirimkan malaikat yang tiada tolok bandingan..masih segar peristiwa itu di ingatan..air mata mengalir bila mengenangkan..hebatnya seorang ibu dan berbangga menjadi wanita..sanggup menanggung sakit demi kesenangan yang lain..sungguh..mengaguminya..punya 5 persaudaraan..4 hawa 1adam..pendirian yang berbeza menyebabkan tali makin longgar..namun hanya 1hawa sahaja..doa tetap di titipkan agar perubahan berlaku..sehingga kini menunggu..
Kini..sinar dalam kegelapan mula menunjukkan cahayanya..walaupun belun menembusi sepenuhnya..kerana diri sendiri yang menetukan coraknya..banyak..pelbagai ragam..teramat..dan matlamat tunjang kekuatan..
Salamualaikum pembuka bicara..
Kini bermula titisan tinta..
Setelah lama menyepi..
Bukan untuk menjauh..
Tapi berlayar mencari kekuatan..
Untuk mengenali lagi siapa diri ini..
Keberanian mula menyerlah..
Bermulalah perjalanan al_humaira..
Menyingkap setiap inci..
Kerana angka telah berubah..
Perlu seiring dgn akal,hati,dan tindakan..
Tinta adalah jawapannya..
Selain ALLAH , kepuasan di temui di al_humaira..
Mukadimah akan bermula..
Mempersoalkan al_humaira..
Harap akan istiqamah..
Ilmu sebagai bekal..
Kefahaman sebagai teman..
Manfaat adalah matlamat..
Destinasi hanya satu..
Yang abadi sebagai tanda aras,,
al_humaira jadi pilihan..
Pada suatu hari, Nabi Musa as sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya .Pada masa yang sama Nabi Musa as melihat seseorang sedang beribadah.Umur orang tersebut lebih dari 500 tahun.Orang tersebut ialah seorang ahli ibadah .Nabi Musa as menyapa dan mendekati ahli ibadah tersebut .Setelah berbicara sejenak,lalu ahli ibadah tersebut bertanya kepada Nabi Musa as
"Wahai Musa as , aku telah beribadah kepada ALLAH SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa.Di manakah ALLAH SWT AKAN meletakkanku di syurgaNYA..??..Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada ALLAH SWT."
Nabi Musa as mengabulkan permintaan ahli ibadah itu , lalu Nabi Musa as bermunajat bermohon kepada ALLAH SWT agar ALLAH SWT memberitahu kepadanya di mana ummatnya itu di tempatkan di akhirat kelak.ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai Musa as ,sampaikanlah kepadanya bahawa AKU akan meletakkannya di dasar Neraka ku yang paling dalam"
Keesokkan harinya,ahli ibadah tersebut ingin berjumpa dengan Nabi Musa as,lalu ia pun pergi bertemu dengan Nabi Musa as.Ahli ibadah tersebut pun berkata
"Wahai Musa as ,aku rela ALLAH SWT meletakkan dan memasukkan aku kedalam NerakaNYA,namun aku ada satu permohonan.Aku mohon apabila diriku atau tubuhku di masukkan kedalam nerakaNYA,maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu neraka tertutup oleh tubuhku agar tiada seorang pun akan dapat masuk kedalamnya"
Nabi Mausa as menyampaikan hajat ahli ibadah tersebut kepada ALLAH SWT.Setelah mendengar apa yang di sampaikan oleh Nabi Musa as , maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai Musa,sampaikanlah kepada ummatmu itu bahawa sekarang AKU akan meletakkannya ke dalam SyurgaKU yang paling tinggi"..
Dalam kitab karangan 'Ustman bin Hassan bin Ahmad Asy-syaakir Alkhaubawiyi', seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIIi HIJRAH , menerangkan bahawa sesungguhnya ALLAH SWT telah menciptakan akal, maka ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud
"Wahal akal mengadaplah engkau."
maka akal pun mengadap kehadapan ALLAH SWT ,kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai akal berbaliklah engkau"
maka akal pun berbaliklah
kemudian ALLAH SWT berfirman lagi yang bermaksud
"Wahai akal ! siapakah AKU..??"
lalu akal pun berkata
"ENGKAU adalah TUHAN yang menciptakan aku dan aku adalah hamba MU yang daif dan lemah"
lalu ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai akal tidak ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau"
Setelah itu ALLAH SWT menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu.!"
nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri
kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Siapakah AKU dan siapakah engkau.?"
lalu nafsu berkata
"aku adalah aku dan ENGKAU adalah ENGKAU"
Setelah itu ALLAH SWT menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun dan kemudian mengluarkannya.
kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Siapakah AKU dan siapakah engkau..?"
akhirnya nafsu mengakui dan berkata
"aku adalah hamba MU dan kamu adalah TUHANKU"
Dalam kitab itu juga di terangkan bahawa dengan sebab itulah ALLAH SWT mewajibkan berpuasa .
Dalam kisah ini kita dapt mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat bersifat jahat dan degil. oleh itu kita kenalah mengawal nafsu jangan biarkan nafsu yang mengawal kita...jika tidak..maka akan musnahlah kita..
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tu sedang berjalan-jalan di tepi sungai,pada masa yang sama lelaki tua tiu terpandangkan seorang anak kecil mengambil air wuduk sambil menanggis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menanggis,lalu dia pun bertanya dan berkata
"wahai anak kecil kenapa kamu menanggis.??"
Maka berkata anak kecil itu
"wahai pak cik saya menanggis kerana telah menbaca yat AL-QURAN sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi (YAA AYYUHAI LADZINAA AAMANUU QUU ANFUSAKUM) yang bermaksud (WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JAGALAH OLEHMU SEKALIAN AKAN DIRIMU) saya menaggis kerana saya takut akan di masukkan ke dalam neraka"
Berkata orang tua itu
"wahai anak kecil ,janganlah kamu takut,sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan di masukkan ke dalam api neraka"
Berkata anak kecil itu
"wahai pak cik ,pak cik adalah orang yang berakal ,tidakkah pak cik melihat kalau orang yang ingin menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan adalah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian yang barulah mereka letakkan kayu yang besar.Jadi tentulah saya yang kecil ini akan di bakar terlebih dahulu sebelum di bakar orang yang dewesa"
Berkata orang itu sambil menanggis
"Sungguh anak kecil itu lebih takut kepada neraka berbanding orang dewasa,lalu bagaimanakah keadaan kami nanti"
Dalam sebuah Hadith daripada Aisyah r.a
"Aku sedang duduk bersila di dalam rumah.Tiba-tiba Rasullaulah SAW datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku.Aku segera bangun kerana menghormati Baginda dan memuliakannnya sebagaimana kebiasaanku apabila Baginda masuk ke dalam rumah."
Lalu Rasullaulah SAW bersabda
"Duduklah di tempat duduk,tidak usahlah berdiri wahai Ummul Mukmini"
maka Rasullaulah SAW duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuan ku,lalu baginda berbaring dan tertidur.
Maka aku hilangkan uban pada janggutnya dan aku mendapat 19 yang sudah putih.Terdetik dalam hati ku dan berkata.
"Sesungguhnya Baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang di tinggalkan oleh Baginda"
aku menanggis sehingga mengalirkan air mata dan jatuh menitis pada wajah Baginda.
Baginda terbangun dari tidurnya seraya berkata.
"Apakah yang menyebabkan kamu menanggis Wahai Ummul Mukminin?"
lalu aku ceritakan pekara yang berlaku sebentar tadi dan Rasullaulah bertanya padaku.
"keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat.?"
dan aku berkata
"tunjukkan Wahai Rasullaulah!"
Raullaulah SAW berkata
"tidak ada keadan yang lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya.Mereka sama-sama berkata.
"aduhai ayah,aduhai ibu!"
Ayahnya pula berkata
"aduhai anak!"
Rasullaulah SAW bertanya lagi
"itu jugak termasuk hebat.maka manakah lagi yang lebih hebat dari itu.??"
Jawab Aisyah r.a
"tidak ada hal yang lebih hebat bagi mayat ketika ia di letakkan ke dalam liang lahad dan di timbuni tanah ke atasnya.Kaum kerabatnya semua kembali.Begitu jugak dengan anak-anakya mereka menyerahkan kepada ALLAH SWT segala amal perbuatannya "
Rasullaulah bertanya lagi
"apakah lagi yang lebih hebat daripada itu"
jawab Aisyah r.a
"hanya ALLAH SWT dan Rasulnya yang mengetahui"
Maka Rasullaulah SAW berkata
"Wahai Aisyah sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumah untuk memandikannya .Maka keluarlah cincin di masa remajanya dari jari-jarinya dah tanggallah baju pengantin dari tubuh badannya.Bagi para pemimpin dan fuqaha sama seperti melepaskan serban dari kepalanya untuk di mandikan .Dikala itu rohnnya memanggil ketika ia melihat mayat
dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar..Maka roh pun berkata 'Wahai orang yang memandikan aku.aku mohon kepadamu kerana ALLAH lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut ' dan apabila air disiram maka akan berkata mayat 'Wahai orang yang memandikan akan roh ALLAH ,janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhkku terbakar dari lepasnya roh' dan jika mereka memandikan.maka roh berkata 'Demi ALLAH SWT wahai orang yang memandikan jangnalah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh'
Apabila telah selesai dari di mandikan dan di letakkan di dalam kafan serta tempat kedua telapaknya sudah di ikat, maka mayat berkata 'Wahai orang yang mengkafankan aku,janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepala ku sehingga aku tidak dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum kerabatku kerana ini adalah kali terakhir aku melihat mereka dan adapun pada saat ini aku di pisahkan dari mereka dan tidak akan pernah berjumpa lagi sehingga hari kiamat'
Apabila mayat di keluarkan dari rumah ,maka mayat akan menyeru.'Ya ALLAH SWT Demi ALLAH SWT ,wahai jemaahku aku telah meninggalkan isteriku jadi janda ,maka janganlah kamu menyakitinya .Anak-anakku telah menjadi yatim,janganlah kamu menyakiti mereka.sesungguhnya hari ini aku akan di keluarkan dari rumahku dan meninggalkan segalanya yang ku cintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya'
Apabila mayat di letakkan di dalam keranda ,maka berkata lagi mayat.'Demi ALLAH SWT ,wahai jemaahku,janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku,anak-anakaku dan kaum keluargaku .seseungguhnya hari ini adalah hari perpisahan ku dengan mereka sehingga hari kiamat.'
Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud:
‘Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.’
Jelas kepada kita sebagai orang Islam, bahawa tiada kompromi dalam hal aurat. Namun sebaliknya yang berlaku pada hari ini ialah ramai di kalangan orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri yang menganggap pemakaian tudung terutamanya adalah satu bentuk penindasan kepada kaum wanita.
Berhijab adalah isu sepanjang zaman dan sentiasa menjadi bahan kontroversi terhadap masyarakat Islam minoriti di negara-negara Eropah.
Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.
Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?
Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.
Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.
“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”
Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”
“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”
“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.
“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.
Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.
“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”
Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.
Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.
“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”
“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.
“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”
“Pernah.”
“Pernah masuk ke kedai emas?”
“Pernah.”
“Pernah ke pasar malam?”
“Pernah.”
Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.
“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”
“Tentu sahaja di kedai emas.”
“Bagaimana keadaannya?”
“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”
“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”
“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”
Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.
Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.
“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”
Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.
Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”
Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.
Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”
Semua melafazkan syukur.