RELA DIMASUKKAN KE NERAKA

0 comments

Pada suatu hari, Nabi Musa as sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya .Pada masa yang sama Nabi Musa as melihat seseorang sedang beribadah.Umur orang tersebut lebih dari 500 tahun.Orang tersebut ialah seorang ahli ibadah .Nabi Musa as menyapa dan mendekati ahli ibadah tersebut .Setelah berbicara sejenak,lalu ahli ibadah tersebut bertanya kepada Nabi Musa as
"Wahai Musa as , aku telah beribadah kepada ALLAH SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa.Di manakah ALLAH SWT AKAN meletakkanku di syurgaNYA..??..Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada ALLAH SWT."
Nabi Musa as mengabulkan permintaan ahli ibadah itu , lalu Nabi Musa as bermunajat bermohon kepada ALLAH SWT  agar ALLAH SWT memberitahu kepadanya di mana ummatnya itu di tempatkan di akhirat kelak.ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai Musa as ,sampaikanlah kepadanya bahawa AKU akan meletakkannya di dasar Neraka ku yang paling dalam"

Kemudian Nabi Musa as pun mengabarkan kepada ahli ibadah tersebut seperti apa yang di firmankan oleh ALLAH SWT kepadanya.Ahli ibadah tersebut terkejut dengan apa yang telah disampaikan oleh Nabi Musa as.Dengan perasaan sedih,ahli ibadah tersebut beranjak keluar dari hadapan Nabi Musa as.Pada malam hari,ahli ibadah terebut terus berfikir mengenai keadaan dirinya.Dia juga berfikir bagaimana keadaan saudara-saudaranya,teman-temannya dan orang lain yang baru beribadah selama 200 tahun,300 tahun dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya,di mana mereka akan di tempatkan di akhirat kelak..?

Keesokkan harinya,ahli ibadah tersebut ingin berjumpa dengan Nabi Musa as,lalu ia pun pergi bertemu dengan Nabi Musa as.Ahli ibadah tersebut pun berkata
"Wahai Musa as ,aku rela ALLAH SWT meletakkan dan memasukkan aku kedalam NerakaNYA,namun aku ada satu permohonan.Aku mohon apabila diriku atau tubuhku di masukkan kedalam nerakaNYA,maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu neraka tertutup oleh tubuhku agar tiada seorang pun akan dapat masuk kedalamnya"

Nabi Mausa as menyampaikan hajat ahli ibadah tersebut kepada ALLAH SWT.Setelah mendengar apa yang di sampaikan oleh Nabi Musa as , maka ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai Musa,sampaikanlah kepada ummatmu itu bahawa sekarang AKU akan meletakkannya ke dalam SyurgaKU yang paling tinggi"..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 aL_humaira | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools