Dalam kitab karangan 'Ustman bin Hassan bin Ahmad Asy-syaakir Alkhaubawiyi', seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIIi HIJRAH , menerangkan bahawa sesungguhnya ALLAH SWT telah menciptakan akal, maka ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud
"Wahal akal mengadaplah engkau."
maka akal pun mengadap kehadapan ALLAH SWT ,kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai akal berbaliklah engkau"
maka akal pun berbaliklah
kemudian ALLAH SWT berfirman lagi yang bermaksud
"Wahai akal ! siapakah AKU..??"
lalu akal pun berkata
"ENGKAU adalah TUHAN yang menciptakan aku dan aku adalah hamba MU yang daif dan lemah"
lalu ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Wahai akal tidak ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau"
Setelah itu ALLAH SWT menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu.!"
nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri
kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Siapakah AKU dan siapakah engkau.?"
lalu nafsu berkata
"aku adalah aku dan ENGKAU adalah ENGKAU"
Setelah itu ALLAH SWT menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun dan kemudian mengluarkannya.
kemudian ALLAH SWT berfirman yang bermaksud
"Siapakah AKU dan siapakah engkau..?"
akhirnya nafsu mengakui dan berkata
"aku adalah hamba MU dan kamu adalah TUHANKU"
Dalam kitab itu juga di terangkan bahawa dengan sebab itulah ALLAH SWT mewajibkan berpuasa .
Dalam kisah ini kita dapt mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat bersifat jahat dan degil. oleh itu kita kenalah mengawal nafsu jangan biarkan nafsu yang mengawal kita...jika tidak..maka akan musnahlah kita..
0 comments:
Powered by Blogger.
Post a Comment