BERPISAH ROH DAN JASAD

0 comments

Dalam sebuah Hadith daripada Aisyah r.a
"Aku sedang duduk bersila di dalam rumah.Tiba-tiba Rasullaulah SAW datang dan masuk sambil memberi salam kepadaku.Aku segera bangun kerana menghormati Baginda dan memuliakannnya sebagaimana kebiasaanku apabila Baginda masuk ke dalam rumah."
Lalu Rasullaulah SAW bersabda
"Duduklah di tempat duduk,tidak usahlah berdiri wahai Ummul Mukmini"
maka Rasullaulah SAW duduk sambil meletakkan kepalanya di pangkuan ku,lalu baginda berbaring dan tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya dan aku mendapat 19 yang sudah putih.Terdetik dalam hati ku dan berkata.
"Sesungguhnya Baginda akan meninggalkan dunia ini sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang di tinggalkan oleh Baginda"
aku menanggis sehingga mengalirkan air mata dan jatuh menitis pada wajah Baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya berkata.
"Apakah yang menyebabkan kamu menanggis Wahai Ummul Mukminin?"
lalu aku ceritakan pekara yang berlaku sebentar tadi dan Rasullaulah bertanya padaku.
"keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat.?"
dan aku berkata
"tunjukkan Wahai Rasullaulah!"

Raullaulah SAW berkata
"tidak ada keadan yang lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya.Mereka sama-sama berkata.
"aduhai ayah,aduhai ibu!"
Ayahnya pula berkata
"aduhai anak!"

Rasullaulah SAW bertanya lagi
"itu jugak termasuk hebat.maka manakah lagi yang lebih hebat dari itu.??"
Jawab Aisyah r.a
"tidak ada hal yang lebih hebat bagi mayat ketika ia di letakkan ke dalam liang lahad dan di timbuni tanah ke atasnya.Kaum kerabatnya semua kembali.Begitu jugak dengan anak-anakya mereka menyerahkan kepada ALLAH SWT segala amal perbuatannya "
Rasullaulah bertanya lagi
"apakah lagi yang lebih hebat daripada itu"
jawab Aisyah r.a
"hanya ALLAH SWT dan Rasulnya yang mengetahui"

Maka Rasullaulah SAW berkata
"Wahai Aisyah sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumah untuk memandikannya .Maka keluarlah cincin di masa remajanya dari jari-jarinya dah tanggallah baju pengantin dari tubuh badannya.Bagi para pemimpin dan fuqaha sama seperti melepaskan serban dari kepalanya untuk di mandikan .Dikala itu rohnnya memanggil ketika ia melihat mayat
dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar..Maka roh pun berkata 'Wahai orang yang memandikan aku.aku mohon kepadamu kerana ALLAH lepaskanlah pakaianku  dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut ' dan apabila air disiram maka akan berkata mayat 'Wahai orang yang memandikan akan roh ALLAH ,janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhkku terbakar dari lepasnya roh' dan jika mereka memandikan.maka roh berkata 'Demi ALLAH SWT wahai orang yang memandikan jangnalah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh'

Apabila telah selesai dari di mandikan dan di letakkan di dalam kafan serta tempat kedua telapaknya sudah di ikat, maka mayat berkata 'Wahai orang yang mengkafankan aku,janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepala ku sehingga aku tidak dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum kerabatku kerana ini adalah  kali terakhir aku melihat mereka dan adapun pada saat ini aku di pisahkan dari mereka dan tidak akan pernah berjumpa lagi sehingga hari kiamat'

Apabila mayat di keluarkan dari rumah ,maka mayat akan menyeru.'Ya ALLAH SWT Demi ALLAH SWT ,wahai jemaahku aku telah meninggalkan isteriku jadi janda ,maka janganlah kamu menyakitinya .Anak-anakku telah menjadi yatim,janganlah kamu menyakiti mereka.sesungguhnya hari ini aku akan di keluarkan dari rumahku dan meninggalkan segalanya yang ku cintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya'

Apabila mayat di letakkan di dalam keranda ,maka berkata lagi mayat.'Demi ALLAH SWT  ,wahai jemaahku,janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku,anak-anakaku dan kaum keluargaku .seseungguhnya hari ini adalah hari perpisahan ku dengan mereka sehingga hari kiamat.'

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
2010 aL_humaira | Themes by raycreationsindia | Blogger Template by Blogger Template Place | supported by Blogger Tools